KELEBIHAN BISNES TONEWOW

1. Modal yang kecil.
Untuk memulakan bisnes tonewow ini anda hanya perlukan modal yang kecil sahaja berbanding daripada bisnes2 yang lain. Cuba anda fikirkan, jika anda ingin memulakan perniagaan restoran, kedai runcit atau pun buka stesen minyak, agak2 berapa modal yang diperlukan? RM50,000 atau RM100,000 cukup atau tidak?

Betul, kadang2 tak cukup duit sebanyak itu. Malahan nak buka kedai burger sekali pun, modalnya jauh lebih besar daripada nak buat bisnes tonewow ini. Tetapi didalam bisnes tonewow ini, disebabkan harga simkad hanyalah RM10 sahaja, kalau anda ada RM50 sahaja, maka anda dah boleh beli 5 keping simkad permulaan untuk diedarkan. Anda sudah boleh memulakan satu bisnes telekomunikasi anda sendiri.

2. Sesuai untuk semua.
Bisnes tonewow ini, siapa pun boleh jalankan, asalkan anda sudah menjadi pengguna simkad tonewow, automatik anda dah boleh jalankan bisnes ini. Anda juga tidak memerlukan ijazah, diploma, tidak memerlukan nama yang glamor, tidak memerlukan pangkat, tidak memerlukan kawan yang ramai, tidak memerlukan kenderaan yang mewah, tidak memerlukan rumah banglo yang besar, tidak memerlukan kepetahan bercakap, tidak memerlukan mulut yang manis, hanya yang diperlukan adalah usaha promosi yang berterusan, dan kerja yang jujur, tidak tamak dan tidak menipu orang. Sapa2 boleh buat bisnes ini.

3. Topup Digi ada dijual dimana-mana dan tak perlu service.
Simkad tonewow menggunakan Topup Digi. Topup Digi ada dijual di seluruh Malaysia. Anda boleh topup RM3, RM5, RM10, RM30, RM50 atau RM100. Senang kata, apa jua nilai yang pelanggan anda ingin topup, ada dijual di luar sana.

Disebabkan topup Digi ada dijual di semua kedai, ia seolah-olah semua kedai di seluruh Malaysia tersebut jadi kedai anda. Pelanggan anda tak perlu jumpa anda untuk beli topup. Mereka boleh beli topup dimana2 kedai atau melalui onlne banking. Anda bukan penjual topup, anda adalah penjual simkad tonewow. Topup anda, orang lain tolong jualkan. Anda juga tidak perlu untuk mengingatkan mereka supaya topup setiap bulan kerana jika mereka menggunakan simkad tonewow ini sudah pasti mereka akan selalu topup. Tetapi jangan lupa, setiap kali pelanggan anda topup di luar sana, anda pula akan dapat komisyen sambil duduk rumah. Ini namanya duduk rumah dapat duit. Seolah-olah seluruh kedai yang menjual topup di Malaysia ini adalah kedai anda.

Setiap kali pelanggan anda topup di mana-mana sekali pun, Tonewow akan mengambil komisyen tersebut dan secara automatik komisyen itu dimasukkan terus ke dalam bank anda setiap 21hb. Dah kira macam gaji kedua atau pun pencen.

Apabila kita mendaftarkan seseorang, kita tidak perlu untuk mengingatkan mereka supaya maintain setiap bulan kerana jika mereka menggunakan phone sudah pasti mereka akan selalu topup. Yang bagusnya kalau mereka nak topup, mereka tidak perlu berjumpa anda. Kita bukan buat bisnes jual topup. Kalau nak topup mereka boleh buat dimana-mana kedai yang mereka mahu. Cuma yang pasti setiap kali mereka topup, anda akan dapat $$ komisyen, walau pun waktu itu anda sedang duduk rumah sekali pun. 

4.Sesuai untuk dibuat bisnes sampingan.
Bisnes tonewow ini amat sesuai untuk dijalankan sebagai kerja sampingan. Ia tidak perlu mengganggu kerja utama anda.

Anda mungkin seorang guru, pegawai bank, pemandu teksi, pelajar kolej, pelajar universiti, kerja kilang, peniaga besar dan peniaga pasar malam. Yang pastinya ada dikelilingi oleh orang-orang yang menggunakan telefon. Cuma sekarang ini, mereka guna telefon, mereka topup, orang lain yang dapat untung. Apa salahnya anda tawarkan simkad tonewow ini pada mereka, dan bila mereka gunakan atau topup simkad mereka, anda akan dapat untung. Untuk menawarkan mereka menggunakan simkad tonewow ini bukannya satu perkara yang susah, anda tak perlu berhenti kerja semata-mata untuk menyuruh ahli keluarga anda sendiri menggunakannya. 

Anda mungkin termasuk salah seorang yang sering tak cukup duit setiap bulan, tetapi tanpa anda sedari sebenarnya duit sentiasa berlegar-legar ditepi anda, hanya anda sahaja yang tak tahu cara nak ambil duit tersebut. Dan setiap bulanlah orang lain yang duduk jauh "merampas" duit itu daripada poket anda dan anda tidak dapat berbuat apa-apa. Yang lebih sedih, anda biarkan sahaja perkara itu berlaku setiap kali ahli keluarga anda topup simkad mereka. Anda pula terus melalui kehidupan yang susah tanpa mahu berbuat apa-apa. Sekarang ini anda sudah tahu caranya. Jadi jangan lagi biarkan orang lain mengambil keuntungan dari topup ahli keluarga anda. Itu duit anda. Jangan biarkan orang lain rampas duit daripada tangan anda.

5. Simkad adalah keperluan asas dan mempunyai market pengguna yang luas.
Siapakah bakal pelanggan anda untuk menggunakan simkad tonewow ini? Jawapannya, yang berkemungkinan menggunakan simkad tonewow ini adalah para pengguna telefon. Berapa ramaikah anggaran anda pengguna telefon di negara kita ini? Berpuluh-puluh juta orang. Jika anda renung dan fikirkan sejenak, sebenarnya anda telah menjumpai satu bisnes yang terletak betul2 diatas lubuk emas yang sangat luas dan tidak kehabisan. Bisnes tonewow ini mempunyai potensi memberikan komisyen yang sangat-sangat besar kepada anda. 

6. Produk yang tidak membebankan. 
Simkad adalah produk keperluan. Semua orang menggunakan handphone. Jadi samada kita ada pelanggan atau tidak, ia tidak mendatangkan apa-apa beban kepada kita. Jika sebelum ini pun memang kita membayar bil berpuluh atau beratus ringgit setiap bulan, maka sudah pasti kita tidak mempunyai masalah untuk topup pada simkad bisnes kita sendiri.

Tidak seperti sesetengah perniagaan MLM yang lain, setiap bulan anda kena buat maintain yang tinggi. Kadang-kala produk yang dibeli tidak digunakan, letak di tepi dinding, nak guna sayang, takut termakan modal, last2 produk tersebut expired, jual tidak, guna pun tidak. Ini sudah pasti ia akan menjadi beban kewangan kepada anda. Ia satu pembaziran.

7.Jual sekali untung berkali-kali.
Jika anda berjaya mendapatkan seorang pelanggan, katalah dia pakai simkad tonewow ini selama 6 bulan sahaja, mungkin dia juga telah topup sebanyak 6 kali, maka anda juga mendapat komisyen daripadanya sebanyak 6 kali. Selagi dia topup, selagi itulah anda dapat komisyen. Cuba anda bandingkan dengan bisnes2 yang ada sekarang ini. Bisnes lain, kebanyakkannya, jual sekali untung sekali. Contohnya anda menjual komputer, sekali jual sekali itulah sahaja anda dapat untung. Anda kena berusaha menjual komputer yang lain pula untuk mendapat untung. Pelanggan tersebut pun bukannya membeli komputer setiap bulan.

Contoh yang lain, katalah anda bawa teksi, hari anda boleh keluar bawa teksi dan ada penumpang, bolehlah anda dapat duit tambang. Apa kata hari tu anda tak bawak teksi, demam, tak boleh bangun. Rasa2nya ada tak penumpang semalam tiba2 datang ke rumah anda dan berikan duit tambang hanya disebabkan anda demam pada hari ini. Fikir-fikirkan lah.

8. Pendapatan pasif perlu ketika susah.
Tadi kita ambil contoh kalau pelanggan tersebut pakai simkad tonewow ini selama 6 bulan. Apa kata pelanggan tersebut pakai simkad tersebut sampai bila2, sampai bertahun-tahun lamanya. Jika itu berlaku, maknanya anda akan dapat komisyen setiap kali dia topup, dan selama mana dia gunakan simkad tersebut, maka selama itulah komisyen akan diperolehi. Inilah yang dinamakan pendapatan pasif. 

Cuba anda renung seketika, katalah anda seorang pekerja awam atau swasta, dalam masa yang sama anda sudah menjalankan bisnes ini selama setahun secara sampingan, katalah komisyen anda sudah mencecah RM5,000. Tiba-tiba, satu perkara yang tidak diingin berlaku, anda eksiden ke, sakit ke, dibuang kerja ke, perkara yang menyebabkan anda tidak boleh meneruskan kerja anda sekarang. Agak2 anda boleh meneruskan kehidupan seperti biasa atau tidak? Anda boleh bayar duit kereta atau tidak? Anda boleh bayar duit sewa rumah atau tidak? Anda boleh bayar duit sekolah anak2 atau tidak? Kalau boleh, tahniah, anda sudah sediakan payung sebelum hujan. Tapi, kalau anda sendiri tak mahu fikir perkara tersebut, itu tanda2 yang anda belum bersedia untuk menghadapi hari yang tidak dijangka berlaku.

Nasihat saya, anda perlu bersedia dengan menjangka perkara yang tidak dijangka. Tapi jika anda sudah bersedia menerima ujian yang tidak dijangka, komisyen RM5,000 ini sekurang2nya dapat membantu anda meneruskan kehidupan seterusnya. Anda tak perlu bekerja lagi, kerana anda sudah penat meramaikan pelanggan anda sebelum ini. Sekarang anda hanya perlu menunggu komisyen setiap bulan apabila pelanggan anda yang sedia ada topup simkad mereka sahaja. 

Saya yakin masih ramai diluar sana yang masih tidak puas hati dan tidak cukup dengan kewangan mereka, sering susah hati kerana asyik tak cukup duit, sering bergaduh suami isteri kerana tak cukup duit, dah buntu tak tahu nak buat apa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kita tak puas hati dengan kehidupan sekarang. Sering meminjam ke sana ke mari. Berpuluh tahun bekerja, tapi bila melihat duit simpanan yang ada sekarang, perut mula rasa kecut. Asyik menghiburkan hati dengan duit EPF sahaja, sedangkan tiada siapa tahu samada umur kita sampai 55 atau tidak. 

Saya yakin ramai orang diluar sana yang pergi kerja hanya kerana terpaksa bekerja, bukan kerana mereka gembira pergi kerja. Bukan kerana mereka gembira jumpa muka boss yang disayangi. 

Cuma sekarang ini, saya nak ingatkan anda yang saya sedang berkongsi kepada anda satu peluang, satu pilihan, satu cara yang boleh menyelesaikan masalah kewangan anda, iaitu melalui pendapatan pasif. 

9. Pendapatan boleh diwarisi. 
Pendapatan didalam Tonewow boleh diwarisi dan juga diserahkan kepada sesiapa sahaja yang anda namakan sebagai pewaris, seperti ibubapa anda, isteri/suami, anak2, adik beradik, kekasih terang dan gelap, sahabat sejati, sesiapa sahaja. Contohnya, katakanlah komisyen anda sudah mencecah RM10,000 sebulan, tiba-tiba ajal anda sudah sampai, anda meninggal dunia, duit komisyen topup bulan hadapannya akan terus disalurkan kepada penama yang anda sendiri letakkan sebagai pewaris. Kalau bulan hadapannya, komisyen topup anda masih lagi RM10,000, kesemua duit komisyen itu akan diserahkan kepada pewaris anda. Selama mana seluruh pelanggan anda topup, selama itulah pewaris anda akan mendapat komisyen.

Satu lagi, untuk mewariskan komisyen anda ini tak semestinya menunggu anda mati, bila2 pun anda boleh pindahkan duit komisyen bulanan anda kepada siapa sahaja yang anda kehendaki.

10. Terbukti menghasilkan pendapatan tinggi.
Jika saya ingin kongsikan kepada anda senarai orang yang mendapat pendapatan yang tinggi, rasanya buku ini walaupun ada 1000 muka surat, rasanya tidak cukup untuk saya kongsikan semuanya. 

Tetapi biarlah saya rumuskan sahaja. 

Ada bekas guru di Rawang Selangor yang saya jumpa berpendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan, selepas menjalankan bisnes ini secara sampingan selama 2 tahun dan masih menerima komisyen sehingga ke hari ini.

Ada bekas mat-dispach di Kota Kinabalu, Sabah yang mempunyai pendapatan bulanan mencecah sehingga RM42,000 sebulan selepas 4 tahun menjalankan bisnes ini dan masih menerima komisyen sehingga ke hari ini.

Ada seorang Dato yang pernah mencapai pendapatan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit sebulan selepas beberapa tahun menjalankan bisnes ini dan masih menerima komisyen sehingga ke hari ini.

Ada seorang bekas pekerja kilang mencapai pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit setiap bulan sehingga ke hari ini. Dia menjalankan bisnes simkad ini semenjak tahun 2010 lagi. Saya pernah minta beliau berkongsi hasil menjalankan bisnes simkad ini secara sambilan. Ini yang dikongsikan oleh beliau.




Ada ramai graduan universiti yang menerima pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan hingga ke hari ini, malahan mereka tidak pernah merasa pengalaman bekerja, kerana mereka menjalankan bisnes simkad ini semasa masih di universiti lagi. Apabila graduate, komisyen mereka sudah pun mencecah RM30,000 hingga RM40,000 sebulan. Kerja apa pun mereka dah tak mahu lagi. Jadilah mereka sebagai penganggur yang berijazah, tetapi mempunyai pendapatan seorang CEO. 

Ada seorang doktor perubatan, mempunyai klinik sendiri di Johor, menjalankan bisnes simkad ini beberapa tahun secara sambilan. Pada awal tahun 2019, beliau dijemput oleh Tuhan, meninggal dunia kerana suatu penyakit. Sehingga sekarang 100% jumlah komisyen bulanannya disalurkan sepenuhnya kepada isteri beliau.

Terlalu ramai pengedar simkad tonewow ini yang diuji dengan penyakit dan menyebabkan mereka tidak dapat bekerja lagi. Ada yang diuji dengan penyakit kencing manis sehingga mata beliau kabur dan tidak boleh melihat lagi. Ada yang mengalami kemalangan yang sukar dan lama untuk sembuh, menyebabkan pergerakkan mereka amat2 terbatas. Ada yang sepanjang waktu nampak seperti sihat, tapi sekelip mata saya lihat mereka bertongkat, dipapah, diangkat, berkerusi roda.

Tapi bila saya berjumpa dan berbual dengan mereka, kesemuanya setiasa bersyukur kepada Tuhan kerana mereka ada pendapatan daripada komisyen bulanan didalam bisnes Tonewow ini. Dengan komisyen inilah mereka berupaya meneruskan kehidupan dengan serba sederhana.

Saya dapati, memang, buat bisnes tonewow ini tidak mempunyai standard dimata kebanyakkan orang lain. Tidaklah bertaraf lima bintang. Namanya pun bisnes part-time, bisnes sampingan.

Tetapi sekiranya anda susah dan tak ada duit pada suatu hari nanti, nak beli susu anak pun pening kepala, hutang keliling pinggang, beberapa kali dah tukar handphone kerana dikejar bank, dikejar along, kredit kad semuanya full, personal loan semuanya dah maxima, duit gaji kerja utama pun dah tak pernah cukup, apatah lagi ibubapa, dah lama sangat anda tak pernah beri duit pada mereka lagi, kadang2 beli beras pun dah mula pakai kilo, kereta dah berbulan tertunggak, roadtax dah lama meninggal dunia kerana tak mampu nak renew, kawan2 pun dah tak mau lagi bagi pinjam duit pada anda, waktu itulah, saya rasa anda akan sedar, betapa standard dan taraf lima bintang ini tidak akan datang untuk membantu anda. Malah untuk bertanya khabar sekali pun tak ada. 

Tetapi sebenarnya bantuan daripada Tuhan sentiasa berada dekat dengan anda, cuma anda tak perasan sahaja. Jangan kata anda tiada rezeki, rezeki berlambak Tuhan taburkan kepada kita. Yang perlu kita tahu hanyalah cara untuk mengambilnya. Nasi depan mata sekali pun, kalau kita tak suap tuan-tuan, dia tak akan masuk kemulut.

Sebenarnya duit sentiasa berlegar2 disekeliling anda. Contohnya, bila anak anda topup, bila suami atau isteri anda topup, bila ibubapa anda topup, bila adik beradik anda topup, bila rakan sebilik anda topup, orang lain untung, orang yang tidak duduk serumah dengan anda untung, orang yang duduk jauh dengan anda untung, siapa mereka, contohnya seperti maxis yang untung, umobile yang untung, celcom yang untung, anda? Langsung tiada untung. Tetapi, sekarang anda dah tahu macamana nak ambil duit tersebut masuk kedalam bank akaun anda.

Jangan biarkan keuntungan tersebut keluar daripada rumah anda. Anda gunakan simkad tonewow ini terlebih dahulu, dan suruh semua ahli keluarga anda juga menggunakan simkad tonewow ini dan daftarkan mereka dibawah anda. Jadi diatas alasan-alasan tersebut, saya ingin memaksa anda untuk sekurang-kurangnya mencuba menggunakan simkad tonewow ini dan kemudian cuba menjalankan bisnes tonewow ini. Sebab terlalu banyak rezeki dan nikmat yang akan anda perolehi. Tetapi, katalah jika bisnes ini tidak menjadi atau tidak sesuai dengan anda sekali pun, apa sangat yang anda akan rugi? Tetapi, katalah ia menjadi dan anda berjaya mendapat komisyen puluhan ribu ringgit setiap bulan, apa yang akan terjadi dengan kehidupan anda? Agak2 berubah tak? 

Maka dengan itu, jadilah pengedar simkad tonewow ini!

Gagal tak rugi, berjaya tak menyesal.



Comments